10.03.2011

BAB 1: SPESIES MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH

Pithecanthropus Erectus
  • Ditemui di Pulau Jawa pada tahun 1891
  • Dikenali sebagai Java Man
  • Tempurung kepala agak rata dan sangat tebal di bahagian atasnya
  • Mempunyai keupayaan bertutur
  • Menghasilkan peralatan batu yang bersifat kasar buatannya
Sinanthropus Pekinensis
  • Ditemui di barat daya China berhampiran Peking
  • Ketinggian kaum lelaki berpurata 1.558 m dan wanita 1.435 m
  • Muka lebih pendek daripada manusia moden, mulut menonjol keluar dan dahi rendah, rata dan menurun
  • Kapasiti otak adalah 80% daripada otak manusia moden
  • Berkemahiran menghasilkan peralatan yang lebih baik
  • Berpengetahuan menggunakan api
  • Tinggal di dalam gua dan menggunakan pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang
Fontechevade Man
  • Ditemui di sebuah gua di Charante, Perancis
  • Rangka hampir seiras manusia moden
  • Dipercayai hidup lebih kurang 150 000 tahun dahulu
Homo Neandherthalensis
  • Ditemui di lembah Neander di barat laut Jerman
  • Boleh berdiri tegak seperti manusia moden
  • Saiz tempurung kepala besar dan saiz otak menyerupai saiz otak manusia moden
  • Tinggal di dalam gua dan menjalankan aktiviti memburu binatang
  • Mempunyai kemahiran menghasilkan api dan membuat pakaian daripada kulit binatang
  • Mempunyai kepercayaan iaitu mengebumikan mayat dengan menyertakan bekalan kubur



No comments: