6.22.2012

Sejarah Malaysia - Adat China

Huraikan adat yang diamalkan di China sebelum kedatangan kuasa Barat.

Pengenalan:
 - Adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakan satu     peraturan yang harus dipatuhi.
  - Disampaikan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
  - Badan pelaksana - ketua Kampung - bertindak sebagai pendamai - selesaikan masalah yang timbul.


Adat Istiadat:
1.Adat wanita hamil

  • Wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial (perkahwinan, pengebumian) - dari mula proses kehamilan hingga 100 hari selepas tempoh bersalin
  • Yang baru lahirkan anak perlu berehat - banyak makan makanan baik.
  • Dilarang ambil sayuran dan buah mentah - elak jatuh sakit - jaga kesihatan ibu dan anak yang baru dilahirkan.



2.Adat mengenai bayi/anak kecil

  • Bila bayi dilahirkan, anak itu sudah berumur setahun, dan bila berumur setahun dia dikira berusia dua tahun.
  • Menitikberatkan pendidikan  adat sejak kanak-kanak lagi.
  • Ditekankan dengan ajaran Confucius dan hormati keluarga..



3.Adat mengenai anak lelaki

  • Amat mementingkan kaum lelaki.
  • Anak lelaki penting kerana akan mengekalkan nama keluarga.
  • Jika anak perempuan, bila berkahwin akan putuskan hubungan dengan keluarga dan guna nama keluarga suami.
  • Kelahiran anak lelaki disambut meriah berbanding anak perempuan.


4.Adat mengenai anak perempuan

  • Dikawal dan tinggal di rumah sahaja.
  • Kaki mereka dibebat antara 3-8 tahun.
  • Jadi, pertumbuhan kaki tidak seimbang dan hanya mampu melangkah kecil ketika berjalan.


5.Adat perkahwinan

  • Jadi amalan dalam masyarakat China.
  • Pihak pengantin perempuan tidak mengadakan majlis perkahwinan.
  • Diadakan oleh pihak lelaki sahaja.
  • Telah diatur sejak kecil untuk eratkan hubungan kekeluargaan.


6.Adat kowtow

  • Satu cara menghormati raja ketika menghadapi raja.
  • Rakyat tiarap sembilan kali di hadapan maharaja sebagai penghormatan kepada pemerintah.
  • Juga diguna pakai kepada orang Barat yang datang ke negara China.
  • Duta-duta dari Portugis, Belanda, England perlu melakukan kowtow di hadapan raja.

Kesimpulan:
-Dalam masyarakat Cina, adat adalah peraturan penting.
-Kedatangan Barat telah mengubah sistem adat.

No comments: