11.01.2011

Bincangkan ciri-ciri perbandaran yang wujud dalam tamadun Mesopotamia dan tamadun India. (karangan penuh)

Rujukan:buku teks tamadun dunia (sivachandralingam)
Bincangkan ciri-ciri perbandaran yang wujud dalam tamadun Mesopotamia dan tamadun India.

            Salah satu ciri utama tamadun ialah kewujudan bandar. Terdapat banyak definisi yang dikemukakan oleh para sarjana bagi istilah bandar dan perbandaran. Bandar merupakan satu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Sementara itu, perbandaran pula merupakan proses pertumbuhan dan pembinaan bandar. Perbandaran juga bermakna pertambahan penduduk di bandar ekoran daripada migrasi dan perkembangan yang berlaku dalam bandar selain merujuk kepada perkembangan ruang bandar. Menurut raja Mohd. Affandi, perbandaran ialah proses di mana terdapat orang tinggal dan bekerja dalam satu kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan memberi khidmat. Perbandaran bandar Mesopotamia bermula pada pertengahan abad keempat sebelum Masihi dan antara bandar yang terdapat di Mesopotamia ialah Calah dan Nineveh manakala antara bandar yang terdapat di India pula ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Bandar-bandar Mesopotamia mempunyai beberapa ciri yang unik. Antara ciri-ciri perbandaran yang wujud dalam tamadun Mesopotamia ialah pembinaan kubu-kubu pertahanan. Kubu-kubu pertahanan ini dalam tamadun Mesopotamia ini sudah mula dibina menjelang tahun 3000 S.M. Bandar-bandar lama mempunyai kubu di bahagian tengah, tetapi bandar-bandar baru yang dibina oleh raja-raja Assyria seperti Calah, Nineveh dan Dur Sarukin mempunyai kubu yang terletak di kawasan luar bandar.
Bandar-bandar ini juga mempunyai tembok pertahanan. Tembok-tembok ini menjadi sempadan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Tembok-tembok ini juga berfungsi sebagai barisan pertahanan semasa peperangan. Raja bertanggungjawab untuk memelihara dan memperbaiki tembok-tembok tersebut. Tembok-tembok di Mesopotamia dibina dalam bentuk yang berbeza. Terdapat tembok yang berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulat mahupun berbentuk bujur. Bandar Ur dan Uruk ialah bandar yang mempunyai tembok berbentuk bujur. Manakala bandar Zenjirli yang terletak di utara Syria mempunyai tembok berbentuk bulatan.
Ciri-ciri lain perbandaran Mesopotamia ialah bandar in imempunyai pintu gerbang yang merupakan lambang kekayaan sesebuah bandar. Terdapat monumen pada pitnu gerbang untuk menarik pelawat-pelawat supaya mengunjungi bandar ini. Raja membina patung mereka berhampiran dengan pintu gerbang. Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang di mana setiap pintu masuk ini dinamakan sempena nama Tuhan mereka dan pintu Ishtar merupakan pintu gerbang utama. Pintu gerbang berfungsi sebagai pusat sivik di mana perhimpunan akan diadakan berhampiran dengan piintu gerbang. Nama pintu gerbang mencerminkan golongan masyarakat dan pekerjaan mereka yang mendiami bahagian bandar. Contohnya pintu gerbang yang diberi nama gate of metalworks yang melambangkan pekerjaan penduduk di sesebuah bandar itu. Apabila tahun baru dirayakan, perarakan akan diadakan di jalan besar yang melalui pintu gerbang.
Kewujudan pasar dalam tamadun Mesopotamia merupakan antara lain ciri-ciri kewujudan tamadun Mesopotamia. Catatan dalam inskripsi yang terdapat di Susa menyebut tentang kewujudan pasar dan senarai harga yang dipamerkan di pasar tersebut. Sementara itu, di Sippar terdapat kedai-kedai yang menjual barang-barang mewah. Kedai-kedai ini dikenali sebagai bit mahirim. Pada tahap awal, sistem pasar belum wujud lagi dan kewujudan pasar didorong oleh perkembangan bandar-bandar besar. Menurut Oppenheim, institusi pasar berasal dari kawasan luar Mesopotamia , iaitu Elam dan Anatolia.
Ciri seterusnya bagi perbandaran Mesopotamia ialah pembinaan jalan yang menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat lain dalam pasar. Jalan-jalan ini mempunyai lebar yang standard dan bersilang pada sudut yang tepat. Ciri-ciri ini terdapat dalam bandar Ur . sementara itu, di bandar Urratu, jalan-jalan dibina dalam corak grid yang tersusun yang lebarnya ialah lima meter , kecuali sebatang jalan utama yang mempunyai lebar tujuh meter. Terdapat juga jalan suci yang terdapat di bandar Babylon, Assur dan Uruk. Jalan suci ini digunakan untuk perarakan semasa perayaan tahun baru. Terdapat juga monumen yang indah di kedia-dua belah jalan suci.
Bagi tamadun India pula, antara ciri-ciri perbandaran yang wujud dalam tamadun ini ialah bandar terancang. Bandar-bandar dalam tamadun India dibina secara terancang dan Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan sebahagian daripadanya. Kajian terhadap struktur bangunan dan pelan jalan raya menunjukkan bahawa masyarakat di Indus mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang perancangan dan pembinaan bandar. Kedua-dua bandar ini dibina berdasarkan pelan struktur yang sama di mana bandar-bandar ini dibahagikan kepada kubu dan bandar. Kubu terletak di bahagian timur dan didirikan untuk mengelak serangan musuhserta mengatasi masalah banjir yang sering berlaku. Di bahagian bawah kubu terletak bandar yang menganjur sejauh tiga batu.
Bahan binaan yang bermutu tinggi dalam tamadun India turut memperlihatkan ciri-ciri perbandaran tamadun ini. Pembinaan bangunan adalah daripada batu-batu yang bermutu tinggi. Di samping itu, batu-batu yang digunakan mempunyai saiz yang standard, iaitu 11 x 5.5 x 2.5 inci dan 9.2 x 4.5 x 2.2 inci. Bangunan-bangunan ini didirikan dalam blok-blok empat perdegi di sepanjang jalan-jalan dan lorong-lorong. Rumah-rumah turut dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi.
Jalan yang teratur juga merupakan salah satu ciri perbandaran India. Jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 x 65 kaki. Di dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.
Selanjutnya, terdapat juga kemajuan dalam sistem pebinaan longkang dan sistem pembuangan air. Longkang-longkang dibina di sepanjang jalan utama. Longkang-longkang ini tertutup. Ia dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Air dari rumah-rumah dialirkan ke longkang besar menerusi longkang-longkang kecil. Pembinaan longkang-longkang menandakan bahawa masyarakat Indus menitikberatkan aspek kebersihan kawasan tempat tinggal mereka.
Di Mohenjo-Daro dan Harappa terdapat juga kemudahan-kemudahan awam seperti tempat mandi awam yang didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama. Tempat madi awam ini turut dikenali sebagai ‘great bath’ dan ini merupakan binaan yang paling unik di mana terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut. Air kolam diperoleh melalui sebuah perigi berhampiran dan yang istimewanya, kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. Tempat mandi awam ini digunakan oleh masyarakat bawahan seperti golongan buruh dan hamba. Penyediaan tandas awam menunjukkan bahawa bandar-bandar di Lembah Indus lengkap dengan segala kemudahan awam.
Kesimpulannya, tamadun Mesir dan Mesoptamia jelas memeperlihatkan ketamadunannya melalui perbandaran yang wujud dalam tamadun ini. Kemunculan bandar merupakan ciri penting dalam kemunculan sesebuah tamadun dan boleh dikatakan bandar-bandar wujud di setiap tamadun awal.

No comments: