9.28.2011

Nota Sejarah Malaysia - Bab 1 : INSTITUSI PEMERINTAHAN MASYARAKAT TEMPATAN

(Nota Dari Guru dan Nota Sendiri)

1.1 BENTUK SISTEM POLITIK MELAYU TRADISIONAL

Pengenalan:
Umumnya sistem Politik Melayu Tradisional berbentuk feudal dan sistem ini berbentuk hierarki. Sistem Politik Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat negeri, peringkat jajahan/daerah dan peringkat kampung.

1.Peringkat Negeri

  • Raja/sultan ketua negara yang tertinggi, berdaulat, dan harus dihormati.

  • Raja berkuasa mutlak-semua kuasa terletak di tangan raja-sultan.

  • Realitinya-pembesar daerah memiliki kuasa politik yang sebenar. Raja bergantung kepada pembesar                           untuk  menjamin kedudukan dan kekuasaan politiknya.Mewujudkan keadaan saling bergantung antara pembesar daerah.

  • Raja lambang rakyat yang bertujuan untuk memelihara dan menjamin keamanan politik, ekonomi dan sosial negerinya.

  • Antara tugas-tugas raja adalah menguruskan hubungan luar negeri, melaksanakan kuasa kerajaan pusat yang terhad, memberikan pinjaman kepada peperangan luar, menyatupadukan rakyat dan menjaga keamanan dan kemakmuran negeri.

Payung Kuning (Gambar ihsan Mr. Google)
  • Raja dan kerabatnya memiliki keistimewaan yang membezakan mereka daripada rakyat biasa, iaitu warna tertentu. Contohnya, payung kuning digunakan oleh raja dan payung putih dikhaskan untuk kerabatnya. Seterusnya adalah bahasa. Contoh bahasa pertuturan seharian mereka adalah beta, santap dan beradu.. Kemudiannya, cap mohor. Cap mohor digunakan untuk urusan rasmi seperti mengesahkan arahan kerajaan dan semua rakyat perlu mematuhi arahan tersebut. Selain itu ialah alat kebesaran. Contohnya, kipas, kendi, ketur. Akhir sekali, nobat dimainkan semasa upacara pertabalan raja, kemangkatan raja dan kerabatnya atau keberangkatan raja ke balairung seri.
  • *Contoh Penggunaan Akronim. (Cap mohor, Warna, Nobat, Bahasa, Alat kebesaran = Cik Wawa Nak Beli Ayam)

    • Sultan/raja dibantu oleh pembesar-pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran peringkat negeri.

    • Sultan turut dibantu oleh Raja Muda@Putera Mahkota dalam pentadbiran.


    BERSAMBUNG :)

    No comments: