9.24.2011

Nota Makroekonomi : Bab 1 - Pengenalan

(Latihan Dari Guru)


1. Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran

Guna Tenaga:

Pada umur 15-64 tahun, mereka yang aktif mencari pekerjaan atau yang sedang bekerja tidak termasuk suri rumah dan pelajar tergolong sebagai tenaga buruh. Guna tenaga merupakan jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pekerjaan produktif untuk mengeluarkan output negara. Seebagai contoh, jumlah penduduk seramai 2 juta. sejumlah 1 juta berumur 15 hingga 64 tahun yang dikategorikan sebagai guna tenaga kerana lingkungan umur tersebut adalah aktif mencari perkerjaan.



Jumlah Penganggur:

Pengangguran merupakan masalah ekonomi yang menunjukkan sebilangan buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapatkan pekerjaan. Sebagai contoh, sejumlah 1 juta dikategorikan sebagai guna tenaga, seramai 0.5 juta sebagai buruh dan 0.5 juta tergolong sebagai penganggur.



Kadar Pengangguran:

Pengiraan kadar pengagguran adalah penting dalam analisis makroekonomi. Apabila kadar pengangguran adalah di bawah 5%, ekonomi dianggap telah mencapai tahap guna tenga penuh. Sebagai contoh, jumlah penganggur adalah seramai 0.05 juta daripada 1 juta jumlah guna tenaga penuh, maka kadar pengangguran adalah sebanyak 5%.


Bubbye.

No comments: